kata aluan


Assalamualaikum w.b.t.................

Alhamdulillah…

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, laman blog Perpustakaan Desa Alor Redis ini dapat disiapkan dengan jayanya.Sejenak di Perpustakaan, Selautan Ilmu Pengetahuan merupakan tageline yang memang menepati peranan perpustakaan sebagai gedung ilmu yang di dalamnya terkandung pelbagai jenis bahan bacaan yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa pengguna dalam pelbagai lapisan umur.Di sini, tersimpannya pelbagai khazanah ilmu yang tak mungkin dapat digali tanpa minat dan kecenderungan untuk membaca.Justeru,atas dasar dan peranan yang dimainkan oleh pihak perpustakaan desa dalam menggalakkan pengguna khususnya masyarakat setempat menerokai bidang ilmu ini, pelbagai aktiviti galakan membaca telah diadakan.

Di kesempatan ini juga , usaha kami dalam menghasilkan blog ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk manfaat dan kepentingan kepada masyarakat sebagai salah satu platform untuk mengakses bahan maklumat, mendapatkan info dan maklumat mengenai aktiviti perpustakaan sekaligus mendekatkan perpustakaan di hati masyarakat setempat.Di dalamnya terkandung maklumat perpustakaan desa, profil kampung,aktiviti menarik yang dijalankan dan info-info menarik untuk maklumat pengguna.

Atas usaha kami dalam memuatkan maklumat-maklumat terperinci di laman blog ini,ia diharap dapat memberi manfaat kepada semua.
Akhir kata,jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan laman blog ini.Di harap kerjasama ini akan berterusan bagi memastikan inspirasi dan matlamat dalam melahirkan golongan yang celik ilmu dapat dicapai.
Insya Allah.


Sarina Md Yunus
Pembantu Pustakawan S19
Perpustakaan Desa Alor Redis

No comments:

Post a Comment