latar belakang

LATAR BELAKANG PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Desa Alor Redis terletak di dalam kawasan Dewan Orang Ramai Kampung Alor Redis.Bangunan ini asalnya ialah sebuah bilik mesyuarat yang digunakan oleh penduduk kampung.Ia berkembar dengan bangunan tabika KEMAS Kampung Alor  Redis.Pada tahun 2005,bangunan ini telah diubahsuai  menjadi bangunan  perpustakaan.Kawasan perpustakaan ini terletak di tepi jalan utama dan bersebelahan dengan kawasan masjid.


MAKLUMAT BANGUNAN PERPUSTAKAAN

Asalnya bangunan perpustakaan adalah bangunan Dewan Orang Ramai yang digunakan oleh penduduk kampong untuk berkumpul dan mengadakan mesyuarat.Tapak bangunan ini sebenarnya telah diwakafkan sebanyak  ¼ ekar oleh Allahyarham En. Ahmad bin Senawi pada tahun 1969.Bangunan asalnya diperbuat daripada kayu.Pada tahun 70 an,Dewan Orang Ramai ini digunakan untuk  aktiviti kelas dewasa.BangunanDewan Orang Ramai ini mempunyai sebuah bilik yang dijadikan bilik mesyuarat.Kemudian,pada tahun 2005, bilik mesyuarat itu telah diubahsuai menjadi bangunan perpustakaan.Tarikh mula beroperasi ialah pada bulan April 2006.


MAKLUMAT LOKASI

Lokasi Perpustakaan
Perpustakaan terletak di dalam kawasanDewan Orang RamaiKampung Alor Redis,berhampiran kawasan tabika dan Masjid Kampung Alor Redis.        

Alamat
Perpustakaan Desa Alor Redis,
Dewan Orang Ramai Kampung Alor Redis,
02600 Arau, Perlis.

DewanUndangan Negeri
DUN TambunTulang
Kod DUN                                  
N12
Nama Adun
YB Dato Ismail bin Kassim
Parlimen
Arau
Kod Parlimen
P3
Nama Ahli Parlimen
YB Dato Dr. Shahidan bin Kassim


MAKLUMAT PETUGAS
Penolong Pustakawan
( Zon 5)
Pn. Ku Anis Bt. Ku Mat
Pembantu  Pustakawan ( S 19 )
Pn. Sarina bt.Md Yunus
Pembantu Operasi
( N11)
Pn. Moorhayazi bt. Abd Hamid


No comments:

Post a Comment